Dakwa PH haluan kiri: Tuduhan Wan Saiful berat, ‘memang lidah tidak bertulang’, kata Dzulkefly

Oleh KIM SYAZIE

Jarang-jarang mengulas tentang politik negara, hari ini Pengarah Strategi AMANAH Nasional, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad tampil menempelak Wan Saiful Wan Jan susulan kenyataannya yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) membawa fahaman berhaluan kiri sehingga menyebabkan Bersatu memutuskan untuk keluar dari gabungan itu.

Dzulkefly secara sinis menyindir Ketua Penerangan Bersatu itu dan berkata, puak yang dahulunya memberi amaran agar tidak berpolitik semasa Covid-19 nampaknya yang paling kuat berpolitik.

Beliau juga menyifatkan tuduhan Wan Saiful kepada PH agak berat.

“Dulu katanya PH ‘tak cukup Islam dan tak cukup Melayu’.

“Tiba-tiba sekarang kata PH berhaluan kiri pula. Berat juga tuduhan ini. ‘Memang lidah tidak bertulang.’

“Yang kata jangan berpolitik semasa Covid-19 yang paling kuat berpolitik. Rakyat tahu,” ciapnya di Twitter hari ini.

Baca Artikel Penuh