Pelbagai cara digunakan oleh AMANAH Shah Alam dan ahli Parlimen mereka untuk membantu rakyat kawasan itu yang sedang terkena musibah banjir sekarang ini.

Semalam Khalid Samad mula menggunakan kayak kembung atau ‘inflatable’ kayak untuk membawa makanan ke tempat mangsa, malam tadi mereka menggunakan lori hantu pula untuk membawa bantuan.

“Malam ni gunakan ‘lori hantu’ untuk merentasi jalan yang ditenggelami air yang agak tinggi.
“Ramai nya yang lapar. Ada yang hampir dua hari tak makan. Anak2 kecil lagi lah.
“Semoga mereka kuat dan sabar dengan dugaan ini,” kata jurucakap Pusat Peduli Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam.

Mereka membawa pelbagai jenis bantuan dari makanan bermasak hingga kepada air mineral, diapers dan susu untuk bayi dan juga makanan kering dan juga telur.