Dewan Tunku Canselor UM jadi tapak debat Anwar Najib

Oleh BORHAN AHMAD

Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya telah dipilih sebagai tempat debat perdana antara ketua pembangkang Datuk Seri Najib Razak dan bekas anak buah yang juga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Debat bersejarah itu akan diadakan pada 12 Mei nanti jam 9 malam.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil dalam sidang media bersama di Kuala Lumpur, hari ini.

Ia akan merangkumi tiga segmen, iaitu isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab, kata mereka.

Isham dan Fahmi dalam sidang media hari ini.

“Kami percaya ramai yang menanti debat perdana ini. Kami juga percaya acara ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai dan meraikan idea, hujah serta pandangan yang berbeza dalam suasana aman yang mencerminkan budaya berpolitik yang lebih matang,” kata mereka.

Selain itu debat perdana itu juga akan dapat disaksikan secara langsung, sama ada secara fizikal dan melalui saluran media yang akan diumumkan kemudian.

“Maklumat terperinci berhubung kehadiran fizikal akan diumum kemudian,” tambah mereka lagi.