“Dia attention seeker, narcissist” – Cik B ‘sound’ Iqbal Zulkefli

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini kenyataan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang meluahkan hasrat untuk ‘mengubah’ penampilan usahawan sensasi Datuk Seri Vida sekiranya diberi peluang kembali bercinta dengannya.

Malah, Iqbal turut dilihat mengkritik beberapa aspek penampilan Vida termasuk fesyen dan bulu mata yang sering menjadi pilihan usahawan terkenal itu.

Bagaimanapun, anak kepada Vida iaitu Cik B tampil mempertahankan ibunya dan mengakui kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Iqbal.

Dalam satu temu bual bersama F8Buzz, Cik B menegaskan bahawa soal penampilan adalah hak peribadi ibunya dan tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Iqbal yang dia cakap pasal bulu mata tu kan. Ish geramlah saya dia nak cakap pasal bulu mata mama saya. Suka hatilah mama nak pakai bulu mata 10 inci ke, 100 inci.

“Ah, tak tahulah saya geram dengan nama dia,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Iqbal yang dilihat masih mahu kembali rapat dengan ibunya, Cik B secara terbuka menganggap usahawan tersebut sebagai seorang yang gemar mencari perhatian.

“Saya memang tak akan bagilah mama dengan Iqbal tu. Dia memang attention seeker. Dia buat muka sedih, padahal sebenarnya dia narcissist,” katanya.

Tambah Cik B, seseorang yang benar-benar mahu kembali bersama individu lain sepatutnya menerima pasangan seadanya tanpa perlu mengkritik penampilan atau mendapatkan sokongan netizen menerusi media sosial.

“Nak komen pasal bulu mata, kenalah terima seadanya kalau nak. Tak perlulah buat hantaran macam ‘kalau saya couple dengan DSV, saya nak buang bulu mata dia’.

“Itu macam nak validation daripada netizen. Mesti dia nak orang setuju dan kata dia betul,” jelasnya lagi.

Dalam temu bual sama, Vida yang berada di sisi anaknya hanya ketawa besar apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Usahawan kosmetik itu turut berseloroh dengan menyatakan dia tidak mengenali individu bernama Iqbal.

“Saya tak ada apa-apa, saya tak pernah kenal nama Iqbal,” katanya sambil ketawa.

Baca juga: Dahi berlumuran darah, Didi Astillah dikejar ke hospital lepas terjatuh tangga