Peminat baru-baru ini dikejutkan dengan penularan gambar penyanyi, Didi Astillah berada dalam keadaan lemah bersama kesan darah berlumuran di dahi sekali gus mengundang kerisauan.
Difahamkan, gambar tersebut mulanya dimuat naik oleh ibu Didi iaitu Siti Zarina Astillah menerusi hantaran di Instagram Story sebelum dikongsikan semula di pelbagai platform media sosial.
Menerusi gambar tersebut, kelihatan Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah sedang berbaring di atas katil dipercayai dalam sebuah unit kecemasan hospital.
“Semoga baik-baik sahaja,” tulis ibu Didi dengan ringkas dalam hantaran di Instagram Story melalui akaun Eina Astillah pada Isnin memperlihatkan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Para peminat kemudian dimaklumkan bahawa Didi yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah itu mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada tangga.
Beberapa hari lalu, Didi memaklumkan bahawa dirinya pengsan di hadapan khalayak ramai buat pertama kali mungkin kerana kurang rehat dan tidak mendapatkan tidur yang cukup.
Baca juga: Terpaksa bersaing dengan dolar Singapura, rakyat dedah realiti pahit kerja di JB walau gaji RM3,000