“Dia baik, lembut dan kelakar”, artis terkenal rupanya kaki pukul anak bini di rumah

Oleh WAN SITI AMINAH

Beberapa tangkap layar memaparkan luahan hati anak seorang artis terkenal telah tular di platform media sosial X (Twitter) sejak semalam.

Menerusi tangkap layar berkenaan, individu yang tidak mendedahkan identitinya itu terpaksa menggunakan media sosial untuk membongkarkan ‘sisi gelap’ keluarganya.

Hal ini kerana, individu itu khuatir jika orang ramai tidak mempercayainya lantaran artis dipercayai bapanya dikenali peminat sebagai orang baik, lembut dan kelakar.

Walau bagaimanapun, selebriti tersebut sebenarnya seorang yang sangat baran dan sering melampiaskan kemarahannya di rumah dengan memukul ahli keluarga.

“Aku nak cerita sisi gelap keluarga. Aku anak artis. Dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa. Ramai rasa benda itu macam privilage. Ya, kadang-kadang betul.

“Tapi kamu semua takkan pernah terfikir yang dia seorang kaki pukul. Di luar depan peminat, semua cakap dia baik, lembut dan kelakar. Tetapi dekat rumah? Hanya keluarga sahaja tahu baran dia macam mana.

Baca Artikel Penuh