“Dia jadikan anak mak cik tikus makmal” – pendedahan mak mentua ‘influncer’ cetus kebimbangan

Oleh MALAYSIADATELINE

Pastinya ramai iri hati akan satu pasangan pempengaruh media sosial yang suaminya sering menghadiahkan barang kemas kepada isteri.

Terbaharu tular video ibu kepada isteri pempengaruh itu memaklumkan anaknya berada di hospital selepas didakwa menjalani pembedahan bariatik.

Jelasnya dia tidak dibenarkan untuk melawat anak perempuannya dan rumah besannya juga berkunci ketika dikunjungi.

“Dia tebuk perut anak mak cik, sekarang ni kami tak boleh pergi melawat anak kami. Habis tekak anak mak cik kena tebuk dah.

“Dia larikan anak dan cucu mak cik, kami nak pergi tengok kat hospital dia tak bagi.

“Dia menikah dengan anak mak cik cuma nak buat bahan ujian, tikus makmal dia sahaja,” katanya dalam video yang tersebar di media sosial.

Jelasnya anak mungkin menjalani pembedahan bariatik dan menantunya cuba mengeluarkan produk pelangsingan badan.

“Dia potong perut anak mak cik sebab nak jual ubat kurus. Nak buat ubat tu, dia suruh anak mak cik potong perut,” tambahnya.

Tinjaun mendapati Instagram milik pempengaruh tersebut sudah ditukar kepada ‘private’ dan hanya ada maklum balas daripada ahli keluarganya sahaja.

“Moga adik iparku cepat sembuh. Kisah sebenar hanya Allah yang tahu. Kakak tetap sayang kamu semua,” ujar salah seorang keluarga pempengaruh di TikTok.

Dalam ruangan komen ada yang memaklumkan bahawa ibu mentua kepada pempengaruh tersebut sudah ditahan reman selepas laporan polis dibuat.

“Tadi ada video, mak dan ayah mentua dengan dua orang anak lelaki dia pecahkan cermin kereta S (pempengaruh) guna helmet.

“Lepas tu, mereka pukul S masa dalam kereta,” komen seorang pengguna TikTok.

Baca juga: Gadis trauma cari kerja di Kelantan, ada ijazah tapi dibayar RM1,700 – “Barang bukan murah!”