Mahiaddin didakwa lagi, kali ini kes pengubahan wang haram pula

Oleh KIM SYAZIE

Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin didakwa sekali lagi hari ini atas pertuduhan menggubah wang haram berjumlah RM5 juta.

Mahiaddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan menerima wang daripada aktiviti haram dan memasukkannya ke dalam akaun Bersatu.

Presiden Perikatan Nasional itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu, Mahiaddin menerima wang tersebut daripada Bukhary Equity Sdn Bhd.

Wang hasil aktiviti haram itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank AmBank milik parti pimpinannya.

Kesalahan itu dilakukan oleh bekas Perdana Menteri di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, pada 7 Januari 2022.

Baca Artikel Penuh