Ditewaskan pelawak dalam Famili Duo, ini respon Haqiem Rusli, “saya dah terbiasa tersingkir, adat bertanding”

Oleh KIM SYAZIE

Pertandingan Famili Duo 3 yang melabuhkan tirainya pada Ahad lalu menyaksikan duo pelawak, Sharif dan Saiful Zero memenangi tempat pertama mengalahkan penyanyi berbakat Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Mengulas kekalahannya, Haqiem mengakui tidak berkecil hati meskipun ditewaskan oleh pelawak dalam konsert akhir tersebut..

Memetik media, Haqiem berkata menang dan kalah adalah adat pertandingan malah dia percaya apa yang berlaku berbalik kepada rezeki masing-masing. 

Katanya, semua orang yang berpontensi, layak untuk bergelar juara tidak kiralah mereka penyanyi atau pelawak.

“Saya okey sahaja, jujurnya saya dah melalui perkara sebegini banyak kali dan ada yang saya menang, ada sebaliknya.

“Dahulu saya masuk rancangan Mentor Milenia pun minggu pertama sudah tersingkir, jadi saya sudah terbiasa, adat bertanding begitulah, takkan semua kita mahu menang,” katanya.

Baca Artikel Penuh