Isu penggunaan ubat batuk ini paling banyak diperdebatkan dan dibimbangi orang ramai. Ada sesetengah ibu bapa yang bimbang tentang kesan buruk jika berikan ubat batuk kepada anak kecil walaupun ia sememangnya selamat.
Namun, anda tak perlu risau. Sebenarnya ada cara lain untuk anda rawat batuk anak kecil anda dengan cara yang mudah.
Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar untuk mengetahui bagaimana cara untuk pulihkan batuk guna bahan yang ada di dapur.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada lah. Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat itu tidak beri kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ini. Macam-macam jurnal yang dibaca. Macam-macam buku ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas, jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang menariknya petua ini boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya. Bolehlah cuba.
Baca juga: Influenza serang kanak-kanak, doktor ini sangat risau ubat tidak ada stok