“Dua kali rebus tetap sama” – Suami isteri terkejut jumpa rambut bergumpal masa masak laksa

Oleh MAISARAH AISYA

Usahawan kecil dan peniaga makanan sering ditimpa dengan ujian disebabkan hasad dengki sesetengah orang.

Walaupun sudah berada di zaman moden, masih ada yang menggunakan khidmat ‘ghaib’ untuk menjatuhkan perniagaan orang lain.

Pengguna TikTok @syed.fatin.jaeden.haifa kecewa selepas menjumpai gumpalan rambut dalam mee laksa yang sedang dimasak.

“Ya Allah! Isteri menangis jadinya. Tak apa mungkin bukan rezeki cuma penat sangat sebab pagi-pagi dan bangun untuk siapkan dia,” ujar pasangan tersebut dalam kapsyen.

@syed.fatin.jaeden.haifa

ya Allah , wife menangis jadinya , takper , bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife , dah lah x rehat sbb semalam event seharian , harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang , maafkan kami , kami x kuat dah … 😭😭😭 kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak , alih2 tengok ni jadinya , 2 kali rebus tetap sama 😭 mimpi ke apa ni , tqqqq kepada yang buat kami camni

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Tambahnya, isterinya sudah kepenatan menguruskan pogram semalam namun disebabkan permintaan ramai mahukan laksa, dia gagahkan juga.

Tapi segalanya sia-sia apabila dua kali rebus mee laksa tersebut, mereka tetap menjumpai gumpalan rambut hitam dalam air rebusan tersebut.

Akhirnya terpaksa batalkan semua pesanan dan niat untuk menjual makanan tersebut kepada pelanggan.

Rupanya warganet turut mengalami hal mistik yang sama, lebih menyedihkan, kuah yang baru masak sahaja sudah basi selepas ditutup apinya.

“Kakak saya jual laksa. siap masak kuahnya, tutup api, datang semula tapi semua dah basi. Terpaksa batal semua pesanan,” komen Ieda.

“Pernah terjadi pada diri sendiri. masak kuah laksa malam pasal esok nak berniaga. Bangun pagi nak panaskan, buka tudung periuk, ulat penuh, MasyaAllah,” ujar Zuraidah.

Baca juga: “Terkongkong bila kakak ipar suka datang rumah, kami nak keluar pun kena ajak dia”