Ejen Mossad ke? – Ini sangat memalukan geng ‘hailak’

Oleh ARIF ATAN

Satu rakaman papan pemuka (dashboard) mencetuskan tanda tanya secara sindiran kemungkinan pemandunya adalah ejen Mossad sehingga dianggap memalukan pemilik ‘hailak’.

Persoalan itu muncul susulan tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) tersebut merempuh palang di sebuah plaza tol dalam insiden yang dirakamkan pagi semalam.

“Pakai 4×4 tapi duit nak bayar tol tiada.

“Ini sangat memalukan geng ‘hailak’.

“Palang (tol) macam batang keladi. Mana orang takut nak langgar,” antara kata warganet.

Dalam masa sama, ada yang berpendapat pemandu trak pikap berkenaan mungkin tersilap tekan pedal hingga terlajak seterusnya merempuh palang.

Baca Artikel Penuh