Gempar Syamsul Yusof didakwa ceraikan Ira melalui WhatsApp, ini respon Kazar buat netizen

Oleh KIM SYAZIE

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kecoh di media sosial mengenai Ira Kazar yang didakwa telah diceraikan oleh suaminya, Syamsul Yusof.

Gosip tersebut beredar di media sosial selepas sebuah portal melaporkan tentang rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air

Berikutan daripada itu, nama pengarah sensasi, Syamsul dan Ira dipetik oleh netizen berhubung dakwaan tersebut.

Dalam laporan tersebut turut menyebut bahawa Ira telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.

Syamsul Yusof

Memetik OhBulan!, bapa kepada Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi mengatakan dia masih belum mengetahui tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Kazar, 64, sempat memberi respon ringkas.

“Pula, netizen tak ada kerja,” katanya.

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu.

Baca juga: “Isteri aku dah curang tiga kali tapi aku tetap bertahan sebab anak-anak, sekarang aku pula cari perempuan lain untuk rawat hati…”