Dakwah ini ada pelbagai cara, ada yang dibuat secara lembut ada juga secara paksaan namun tidak perlu hingga libatkan aib atau aurat seseorang.
Sering terpalit kontroversi, pendakwah Ustaz Dusuki Abdul Rani kini menyita perhatian ramai apabila memuat naik gambar pelakon tidak bertudung dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam hantaran itu, dia cuba menutupi rambut pelakon wanita itu dengan contengan warna putih namun tidak mengaburi nama atau wajahnya.
Pada dasarnya dakwah tersebut adalah untuk menyatakan bahawa kecantikan itu tidak diukur pada pandangan kasar manusia.
“Salah faham dalam masyarakat kita memahami makna kecantikan, kecantikanitu bukan di ukur pada pandangan mata kasar manusia, jika di ukur pada pandangan mata kasar manusia, manusia yang telanjang itu pun di anggap cantik.
“Kerana syaitan akan menghiasi dan mewarnai ke maksiatan itu, sebaliknya kecantikan di ukur sejauh mana ketaatan itu, ketika mana seseorang taat semakin terserlah lah kecantikan kepada seseorang itu walau setua mana pun usianya,” ujar dakwah tersebut.
Hal itu menyebabkan ramai tidak senang hati akan tindakannya yang memuat naik mengenai aurat wanita.

Pelakon dan penyanyi, Lufya tampil meninggalkan komen yang tidak senang akan tindakan Ustaz Dusuki menggunakan gambar artis tak bertudung untuk sampaikan ilmu.
“Saya kurang setuju gambar artis ini digunakan bagi tujuan untuk menyampaikan ilmu tetapi dalam masa yang sama memalukan individu berkenaan.
“Kalau saya di tempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik. Seingat saya ketika saya “Free Hair” hati saya terbuka nak berhijab dan berhijrah atas nasihat lembut dan sokongan orang-orang alim tanpa prejudis.
“Hati saya tertarik dengan kelembutan dan keikhlasan serta semestinya datang dari doa orang-orang alim. Sekadar berkongsi pendapat saya,” tulis Lufya di ruangan komen.
Baca juga: Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadan! Ini 3 kelebihan yang patut anda tahu