Guru wanita kantoi berkhalwat dalam kereta, suami sendiri datang cekup

Oleh KIM SYAZIE

Luluh hati seorang suami apabila menangkap basah isterinya yang juga seorang guru sedang berdua-duaan di dalam kereta dengan seorang lelaki.

Memetik laporan berita Banjarmasin Post, suami kepada wanita berkenaan telah membuat laporan berikutan isterinya disyaki menjalin hubungan sulit dengan dengan seorang lelaki berusia 34 tahun.

Difahamkan, lelaki yang menjadi ‘skandal’ wanita berkenaan juga seorang guru kerana laporan mengatakan lelaki itu adalah rakan sekerjanya

Kejadian berlaku di Jakarta. Suaminya yang dikenali sebagai TWP kemudian membuat laporan ke Unit Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Anak, Polis Prabumulih, Sumatera.  

TWP menangkap isterinya bersama ‘teman lelakinya’ di dalam sebuah kenderaan pada 15 September lalu.

Si suami juga mempunyai bukti tentang perbualan mesra isterinya dengan lelaki terbabit di media sosial.

“Harga diri saya sudah dipijak-pijak sebagai seorang laki-laki. Masalah ini harus diselesaikan,” tegas TWP kepada wartawan.

Si suami yang juga merupakan kontraktor di Kota Prabumulih itu mengaku dirinya hanya menuntut supaya kedua-dua mereka menerima hukuman tegas

Baca juga: “Meriah serupa healing”, tular video keluarga di Kedah teruskan kenduri dalam banjir