Hantaran paling unik! Wanita terima sebuah klinik gigi daripada suami

Oleh MAISARAH AISYA

Seing terkenal dengan kemewahan semasa perkahwinan, acara penikahan di Pati, wilayah Jawa Tengah kembali mernarik perhatian ramai.

Siapa sahaja tidak terkejut melihat semua hantaran mewah dan yang paling mengeutkan adalah sebuah klinik gigi.

Menurut Wolipop, pengguna TikTok, @asmaradana.wo yang juga perancang perkahwinan itu memuat naik video majlis tersebut.

Turut diliha dalam video tersebut adalah klip pengantin lelaki bersama mas kahwin berjumlah 100 juta rupiah (RM30,050)

Turut diserahkan sebagai hantaran ialah pelbagai barangan perhiasan serta geran dan kunci rumah, rumah tumpangan dan klinik gigi.

“Masya Allah. Entah bila saya boleh menerima lamaran seperti ini. Hebat betul orang Pati,” demikian menurut keterangan hantaran tersebut.

@asmaradana.wo

Masya Allah Tabrakallah Kapan Ya mimin bisa dapet lamaran kaya gini wkwkwk💫💫😍 ,Pati Ngeri Sekali lurr #seserahanpernikahan #pernikahanidaman #pernikahanviral #wongpati #pernikahanjawa

♬ suara asli – DangdutinAjaaOfficial🇮🇩 – DangdutinAjaaOfficial🇮🇩

Rata-rata netizen bersetuju bahawa si wanita adalah matang kerana memilih kewangan yang kukuh berbanding rupa paras.

“Gadis yang mempunyai pemikiran matang pasti akan memilih lelaki yang mempunyai kewangan kukuh berbanding yang tampan.

“Zaman sekarang ini muka tidak mampu menjamin apa-apa. Yang penting adalah mahu bekerja keras untuk masa depan yang cerah,” antara komen netizen.

Baca juga: Muncul semula lepas 14 tahun ‘hilang’, Waheeda Wassini bakal kembali ke industri seni