Hanya anggap Puteri Sarah sebagai menantu, Datin Patimah tak mahu ulas soal Syamsul, Ira Kazar

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah lama tidak bersua muka dengan anak yang juga pengarah, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail enggan ambil tahu mengenai khabar angin perpisahan dengan Ira Kazar.

Tular baru-baru ini mengenai khabara angin yang mengatakan seorang pengarah terkenal menceraikan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar rumah.

Menurut Harian Metro, Patimah hanya menganggap pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan dengan Syamsul sebelum ini.

“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Patimah juga enggan memanjangkan kenyataan yang dikleuarkan suami yang juga penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.

Baca Artikel Penuh