Hilang terus rasa bahang! Lelaki kongsi cara mandi yang betul di musim panas

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang lelaki berjaya menyita perhatian ramai setelah berkongsi rakaman memaparkan kaedah mandi yang betul ketika musim panas melanda.

Tidak tahan dengan bahang yang terasa, lelaki berkenaan mencadangkan satu insiatif yang berkesan untuk menghilangkan atau meredakan kepanasan tersebut.

Siapa sangka, cuaca panas melampau yang melanda negara ini telah berjaya menimbulkan pelbagai idea kreatif di benak fikiran rakyat Malaysia.

Tular di media sosial, lelaki yang dikenali sebagai Chai Huat itu tampil berkongsi satu rakaman yang memaparkan ‘cara mandi yang betul’ di akaun TikTok miliknya.

Menerusi rakaman yang berdurasi tujuh saat itu, Chai Huat mulanya memperlihatkan pancuran air atau ‘shower head’ yang berada dalam bilik mandi di rumahnya.

Kemudian di bawah pancuran air tersebut, lelaki berkenaan meletakkan satu penapis keluli yang biasanya terdapat di dapur rumah dan penuhkannya dengan ais batu.

Hasilnya, air daripada pancuran yang melalui penapis keluli tersebut akan keluar menjadi air sejuk yang dijangkakan mampu menyejukkan suhu badan kita.

Satu idea yang berada di luar kotak pemikiran, video cara mandi yang betul itu telah berjaya mendapat sebanyak 2.4 juta tontonan oleh pelayar platform media sosial TikTok.

Malah, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata penonton kagum dengan idea kreatif dan mudah yang dicadangkan oleh pemuda tersebut.

“Bijak-bijak orang kat Tiktok ni. Macam-macam tips aku dapat,” kata seorang pengguna yang menghargai maklumat berguna yang dikongsi oleh Chai Huat itu.

“Genius. Terutamanya di cuaca lembap yang kita alami sekarang,” kongsi pengguna lain yang kagum dengan kemampuan Huat dalam menyelesaikan masalah.

Baca juga: “Aku sanggup curang terhadap bekas kekasih untuk berkahwin dengan suami, tak sangka lepas nikah semua berubah, mak ciknya siap panggil aku anjing”