Howard Lee dilantik Ketua Pemuda PH, Athirah jadi Ketua Wanita

Oleh ARIF ATAN

Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baharu.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Perak itu selepas lebih sebulan penyandang, Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia akibat Covid-19.

Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN), Senator Aiman Athirah Al Jundi dipilih menduduki jawatan Ketua Wanita PH.

Pelantikan baharu untuk jawatan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.

Dalam masa sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha PH.

Tiga lagi pelantikan baharu yang diumum hari ini ialah Pengarah Strategi PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke dan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil.

Baca Artikel Penuh