Ibu terkejut leher anak lelaki 5 tahun dirangkul rakan sejenis, dicium di mulut dalam dewan sekolah

Oleh MALAYSIADATELINE

Perkongsian daripada seorang ibu mengenai kejadian mengejutkan yang berlaku terhadap anak lelakinya ketika proses pendaftaran di sebuah sekolah telah mengundang perbincangan hangat di media sosial, baru-baru ini.

Mana tidaknya, ibu terbabit mendakwa bahawa seorang kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba mendatangi anaknya dalam kejadian itu sebelum bertindak merangkul dan menciumnya di bahagian mulut.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik di platform Threads itu, ibu terbabit mendakwa kejadian berlaku di dewan sekolah pada hari pendaftaran anak sulungnya di mana ramai kanak-kanak lain turut berada di situ.

Namun perkara yang membuatkan sang ibu merasa kesal adalah penjaga kepada pelaku seakan-akan menganggap kejadian itu tidak serius sebaliknya menyifatkan tindakan anaknya hanya sebagai ‘salam perkenalan’ sahaja.

“Kanak-kanak lima tahun, lelaki. Kena cium di bahagian mulut dengan kanak-kanak lelaki lain. Aku pun terkejut. Anak aku yang kena pula itu. Terpinga-pinga anak aku ketika lehernya dirangul dan kena cium. Di mulut pula.

“Ceritanya, aku daftarkan anak sulung ke sekolah. Dekat dewan itu ada ramai orang. Tiba-tiba anak kepada ibu bapa salah seorang murid datang rangkul leher dan terus cium anak aku. Aku terkejutlah.

“Sebab mak dia cakap, ‘salam perkenalanlah itu, anaknya ramah’. Tidak, tak kisahlah peramah macam mana pun. Tetapi tolonglah jangan cium di bahagian mulut. Jangan normalisasikan perkara itu,” kesalnya dalam hantaran itu.

Mengulas lanjut, ibu terbabit mendapati bahawa kanak-kanak berkenaan turut mencium kakaknya sendiri yang dipercayai murid di sekolah berkenaan di bahagian mulut dengan menyifatkan perbuatan tersebut kurang sopan.

Perkongsian itu difahamkan dimuat naik oleh ibu terbabit di platform media sosial Threads dipercayai untuk meminta pendapat daripada orang ramai mengenai kejadian yang berlaku terhadap anak lelakinya.

“Sebagai ibu bapa, aku memang haramkan anak cium di mulut. Tidak kiralah dengan adik-beradik sekali pun. Saya tak habis fikir mengenai kejadian itu tadi. Apa pandangan kamu semua jika berada dalam situasi sama?.” Soalnya.

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna Threads dalam perkongsian itu.

Baca juga: Tak puas hati dibuang sekolah, rupanya ini punca individu tak isytihar miliki 6 rumah sewa