Zaman sekarang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi sebahagian lelaki untuk bersolek secara berlebihan.
Malah ada yang melebihi penampilan perempuan, walaupun mengetahui amalan itu haram jika menyerupai kaum wanita.
Menerusi TikTok, personaliti media sosial Shaf Naufas yang kerap menonjolkan gaya bersoleknya dahulu kini memilih untuk berubah sepenuhnya.
Jelasnya dulu dia mengambil masa terlalu lama untuk bersiap sebelum keluar rumah, sekarang bangun lambat pun tidak menjadi masalah.
“Kalau saya tahu tak make up ni memudahkan banyak gila urusan, sekarang nak keluar rumah pukul 9, tapi 8.45 baru mandi.
“Weh, sumpah macam, Ya Allah, kenapa sebelum ni bersiap, beria, tapi muka macam tu je,” kongsinya dalam video di TikTok.
Shaf turut membuat keputusan untuk memberikan alatan solek kepada pengikutnya secara percuma.
“Selesai bagi barang make up secara percuma sebaba saya dah tak make up. Doakan saya ya semua, doa murahkan rezeki pun boleh.
“Untuk yang saya nak bagi make up ni, saya harap korang gunakan make up tu untuk benda-benda yang baik-baik je. Jangan pula buat benda bukan-bukan,” tegasnya.
Baca juga: Warga asing raih pendapatan cecah RM4,000 sehari, sedia tempat sabung ayam di Klang