“Ingatkan selama ini dia kejar populariti” – Netizen simpati lihat Shila Amzah masuk banyak pertandingan walaupun dah ‘next level’

Oleh MAISARAH AISYA

Isu keluarga Shila Amzah yang semakin panas telah menyedarkan sesetengah pihak tetantang usaha keras pelantun lagu ‘Patah Seribu’.

Pendedahan menyedihkan bagaimana dari usia mudah dia sudah bekerja keras demi membantu keluarga.

Ibu bapa perlu sedar, jangan lepaskan tanggungjawab anda menyara keluarga kepada anak hanya kerana mereka sudah mempunyai pendapatan sendiri.

Seorang pengguna X (Twitter) merasa bersalah kerana menilai penyanyi tersebut yang dilihat terlalu kerap memasuki pertanding walaupun sudah terkenal.

“Bila aku tau kisah ni baru la aku faham kenapa Shila Amzah rembat semua kerja dia ambil. Sampai Gegar Vaganza pun dia masuk lepas dia dah menang Anugerah Juara Lagu and Masked Singer.

“Aku ingat dia jenis suka popular kejar semua nak masuk. Rupanya satu keluarga beban atas dia. Letihnya jadi Shila Amzah,” ujar pengguna tersebut.

Rata-rata netizen turut bersetuju dan bersimpati dengan nasib yang dialami Shila Amzah kini.

“Bagus sebenarnya kisah Shila Amzah ni dapat perhatian. Betapa ramainya anak-anak hidup susah sebab bayarkan hutang keluarga, dikerah bekerja dari muda, dimanipulasi atas kad tanggungjawab anak.

“Padahal kerja menanggung keluarga tu atas bahu mak ayah. Baru satu Malaysia tau wujud,” ujar pengguna X.

“Haah kita tgk mcm Yuna, Tokti dah famous negara lain memasing tenang je jadi duta dan buat perniagaan.

“Menyanyi ni penat kot. Tapi struggle dia rupanya sebab dia tak ada pilihan kena menanggung biawak hidup beberapa ekor,” tambah pengguna lain.

Hasratnya untuk menjual banglo 9,000 kaki persegi itu dan menggantikan dengan rumah lain sebenarnya telah dipersetujui ibunya, Fauziah Sarman.

Shila memutuskan untuk menjual banglo miliknya itu kerana mahu menyediakan sebuah rumah lain yang lebih selesa dan berpatutan untuk didiami keluarga kecilnya.

Namun serangan daripada dua adiknya hanya menambah bara ke dalam api yang sedang marak.

Baca juga: Adik reka cerita dongeng isu jual rumah, Shila Amzah ‘meletup’ dedah hal sebenar