Ira Kazar juarai carta carian Google tertinggi, kalahkan Puteri Sarah dan Michelle Yeoh!

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai carian Google tertinggi di Malaysia.

Meskipun tidak pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Paling Popular, wanita yang berusia 27 tahun itu adalah individu paling ‘terkenal’ di negara ini pada tahun 2023.

Seperti yang diketahui umum, Ira Kazar mula menjadi topik perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial selepas digosipkan bercinta dengan suami orang.

Menggemparkan industri hiburan tanah air, lelaki itu tidak lain tidak bukan ialah Syamsul yang pernah menjadi suami kepada pelakon sensasi iaitu Puteri Sarah Liyana.

Konflik di antara mereka bertiga semakin menarik perhatian ramai selepas Syamsul membuat keputusan untuk menikahi Ira Kazar secara rahsia di selatan Thailand.

Pergolakan rumah tangga pengarah yang berusia 39 tahun itu akhirnya menemui titik noktah setelah meceraikan isteri pertama, Puteri Sarah beberapa bulan kemudian.

Baca Artikel Penuh