“Isteri aku jenis pendiam tapi sangat teratur, bila mak aku duduk sekali, mak mula ambil alih tugas sampai isteri aku menangis sebab dah tak ada privasi dalam rumah…”

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sebab mengapa perlu dipisahkan antara rumah buat keluarga sendiri dan ibu bapa kerana ada masalah akan timbul walaupun tidak besar mana.

Setiap wanita pastinya ada cara tersendiri untuk menguruskan perihal rumah mereka jadi bila ada yang datang menggangu, mereka pasti akan merasa tidak selesa.

Seorang lelaki berkongsi ksiah dirinya merasa tersepit antara si isteri dan ibu selepas kematian bapanya.

“Saya nak minta pendapat semua sebabnya saya tersepit antara mak dan isteri saya.

Abah saya meninggal tahun lepas, mak saya duduk dengan akak saya yang belum berkahwin di negeri lain.

Tapi sejak isteri saya bersalin mak saya macam berhasrat untuk tinggal dengan kami, mungkin sebab cucunya yang baru lahir.

Sebelum ni ada juga mak duduk dalam dua bulan lebih di rumah kami, tapi isteri saya macam tertekan bila mak saya ada di rumah tu.

Dia selalu menangis dan mengadu pada saya yang dia tak boleh duduk sekali dgn mak.

Bila saya tanya kenapa dia jawab dia rasa tak bebas, tak ada privasu, dia tak boleh buat apa dia nak buat.

Dia tak boleh nak masak apa yang dia nak makan sebabnya mak saya memang suka masak jadi dia yang akan masak setiap hari bila duduk di rumah kami.

Bila isteri saya masak pula dia jarang-jarang akan makan melainkan saya paksa untuk makan supaya isteri saya tak terasa.

Pernah isteri saya tanya dah makan ke dia akan jawab dah padahal nasi tak luak pun.

Isteri saya suri rumah tapi dia ada perniagaan sendiri dari rumah, kadang-kadang memang banyak pesanan jadi kerja rumah dia akan buat ikut masa dia bila ada kelapangan.

Bila mak yang buat kerja rumah dia rasa macam mak ambil alih tugas dia dan dia fikir baik dia kerja je daripada duduk rumah.

Bab anak pulak, mak saya kan orang tua jadi dia macam overprotective sikit dengan cucu dia, isteri saya pulak jenis tak kesih anak nak buat apa asalkan tak bahayakan diri.

Contoh anak saya baru belajar mengesot jadi dia akan mengesot je la atas lantai, tiles kat rumah tu.

Bagi isteri saya biar je la dia merayap pun yangg penting kita pantau bagi dia belajar.

Lain pulak dgn mak saya, dia jenis overprotective, bila anak saya gerak ke lantai sikit dia dah angkat and suruh baring duduk diam tengok televisyen atau main mainan.

Selalunya bila mak tak ada kat rumah tu, isteri saya masa buat kerja dia akan letak anak saya dekat sebelah dia supaya dia boleh pantau anak saya sambil settlekan kerja dia.

Tapi bila mak ada kat rumah tu dia tak nak mak saya terasa bila duduk dalam bilik buat kerja tak keluar bilik dengan cucu dia.

Jadi isteri saya akan biar mak saya main dengan cucu dia kat luar dan dia buat kerja kat bilik.

Mak saya tak reti sgt handle budak jadi bila anak saya menangis dia macam tak tau nak buat apa untuk tenangkan cucu dia.

Akhirnya, dia akan panggil isteri saya cakap cucu dia nak susu, lapar, nak tidur. Isteri saya rasa tertekan sebab benda tu kadang-kadang menganggu dia buat kerja.

Sebab selalunya bila isteri saya buat kerja sekali dengan anak saya anak saya ok je tak meragam.

Isteri saya jenis yang sangat pembersih dan pengemas, jadi dia macam stress bila kat dapur, peti ais, ruang makan tak teratur atau kotor.

Bila barang lain letak merata-rata dia akan stress tapi dia diam je, last-last dia akan menangis sendiri sebab tak kan dia nak tegur mentua dia, takut terasa pula.

Isteri saya ni jenis pendiam, tak bnyak cakap jadi bila apa-apa jadi memang dia akan diam dan pendam.

Kadang-kadang bila saya balik kerja dia akan menangis and mengadu dia tak boleh nak duduk sekali dekat rumah tu. Saya cuba untuk menjaga hati mak dan isteri saya.

Tapi setiap kali nak hantar mak semula kat rumah akak selalunya lepas sebulan lebih, mak macam tak nak dan saya tak tahu macam mana nak cakap kat mak supaya mak tak terasa.”

Baca juga: Individu tak dikenali gelar bekas isteri ND Lala musibat, gila publisiti…Benarkah ia kerja Siti Munirah?