Seorang lelaki dikecam warganet selepas memuat naik beberapa keping gambar serta maklumat pengasuh kanak-kanak di Facebook dengan tujuan yang tidak senonoh.
Tangkap layar dari Facebook itu dimuat naik oleh pengguna Twitter, @nadmasrom yang mengecam tindakan lelaki tersebut.
“Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah.
“Semua benda nak dibuat lawak. Gambar asal kat post tak sorok muka pengasuh ini langsung. Kalau itu anak kau macam mana ya?” ujarnya.
Lelaki tersebut dikatakan mencari pengasuh buat anaknya namun hantaran itu disifatkan warganet seperti gangguan seksual terhadap wanita di aplikasi berkenaan.

“Ini pengasuh Isaac (anak) ke? Papa lah yang hantar dan ambil adik ya.
“Nak teruskan ke tak ni? Serba salah pulak. Nak ambil makcik? Memang tak ada dalam ini, kebanyakannya umur 20-an ke 40-an.
“Korang nak laman web dia tak? Yang nak cari pengasuh tu? Mari lah Direct Message abang,” kata lelaki tersebut berdasarkan tangkap layar.
Lelaki tersebut turut mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pengasuh wanita yang dihubunginya, namun hantaran itu mengundang komen-komen yang tidak senonoh.

Rata-rata warganet meminta agar laporan dibuat kerana perbuatan tersebut sudah dikira sebagai gangguan seksual.
“Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macam ni. Report (buat laporan) je. Gangguan seksual,” ujar pengguna Twitter.
“Elok-elok pengasuh dapat kerja lepas ni terus sendu sebab tak ada peluang pekerjaan kerana isteri takut nak ambil.
“Walhal mereka (pengasuh) ihklas cari rezeki dan jaga budak-budak>” tambah pengguna lain.
Baca juga: Raya 1 Syawal Anwar berseloroh apabila ditanya di Starvendors KLCC 2023