Aaisyah Dhia Rana yang juga anak kepada aktres Rozita Che Wan tidak pernah terlepas dari menjadi bahan kritikan netizen gara-gara gemar bersolek dan berdandan.
Malah bukan kali pertama juga kita melihat Che Ta mengamuk disebabkan netizen selalu berlebihan dalam mengkritik anak perempuannya yang berusia 9 tahun.
Kali ini, kemarahan Che Ta meledak sekali lagi apabila seorang pengguna media sosial mendakwa Aaisyah sebagai ‘pick me girl’ atau rasa diri berbeza dan suka mencari perhatian lelaki.
“Eh! Kau jangan kurang ajar nak komen anak orang lain sesuka hati.
“Jaga diri kau, jangan sampai jadi ‘sun**l!”
“Harap anak kau nanti pun tak jadi ‘sun**l atau call girl’ (pelacur),” katanya dalam InstaStory.
Sebelum itu, individu tersebut meninggalkan komen pada salah satu hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.
“Aku harap tak menjadi ‘pick me girl’ apabila sudah besar. Harap nanti jadi anak solehah,” komen individu tersebut.
Sekadar info, Aaisyah, 9, merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Baca juga: Rupanya ada teknik untuk masak daging buat pesakit gout, kena kurangkan purine dulu