‘Jangan nanti anak belum sunat dah kena dialisis’

Oleh ARIF ATAN

Seorang guru mendedahkan bagaimana ada muridnya membawa minuman berkarbonat saiz botol besar ke sekolah sebaliknya beliau hanya menjadikan air masak sebagai bekalan minuman.

Guru lelaki bersongkok tersebut dengan nada ceria sambil ketawa menunjukkan dua botol minuman tinggi kandungan gula itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menasihatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak membiasakan lidah dengan minuman manis sehingga dijadikan bekalan ke sekolah.

Malah, reaksi guru berkenaan yang ketawa dalam rakaman tersebut juga dianggap warga maya sebagai tidak wajar memandangkan pengambilan tinggi gula sejak di usia kanak-kanak bukan satu bahan jenaka.

Namun, ada yang berpendapat guru itu berkelakuan sedemikian sebagai satu bentuk sindiran kepada ibu bapa terlibat agar mengambil berat soal pemakanan sihat anak masing-masing.

“Tak kelakar. Ini bukan bahan lawak. Mak pak perlu ditegur. Nanti anak belum sunat dah kena dialisis.

Baca Artikel Penuh