Zaman sekarang ini, faktor umur bukanlah satu penghalang untuk dua insan jatuh cinta dan berkahwin.
Buat pasangan yang disalah anggap sebagai datuk dan cucu ini, jarak usia 57 tahun bukanlah satu halangan buat Xiaofang dan Li.
Menurut Detik Bali, kisah mereka mendapat perhatian selepas tular di media sosial gambar kemesraan pasangan itu.
Jika dilihat pada gambar, Li yang berusia 80 tahun dan wanita berusia 23 tahun tidak kelihatan sebagai pengantin baru.
Jumpa masa jadi sukarelawan
Pertemuan kedua mereka bermula apabila Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di pusat jagaan dan di situlah, dia bertemu suaminya, Li.
Pasangan tersebut dikatakan cepat akrab kerana memiliki banyak persamaan termasuk berkaitan hobi hingga lama kelamaan menjalin cinta.
Suka akan lelaki yang matang, stabil dan bijaksana, Xiaofang jatuh hati dengan keperibadian Li dan bagi Li pula, dia terpaut dengan Xiaofang kerana kebaikan dan jiwa muda isterinya.
Hubungan ditentang keluarga Xiaofang
Memilih untuk ikut kata hati, Xiaofang tak terkejut apabila keluarganya membantah dengan tidak menghadiri majlis perkahwinannya bersama suami.
Malah Xiaofang juga rela memutuskan hubungan dengan orang tuanya dan meneruskan hidup bersama suami tersayang.
Disebabkan sudah tua, Li hanya bergantung kepada pencen dan selebihnya Xiaofang yang menanggung beban perbelanjaan rumah.
Walaupun menerima kritikan daripada orang ramai kerana mempamerkan kemesraan dengan suami, Xiaofang tidak ambil endah dan kekal positif.
Di media sosial, Xiaofang sering berkongsi gambar kemesraannya dengan suami.
Tindakannya itu mengundang kecaman hingga ada mengatakan wanita itu hanya ingin mencari publisiti.
Kecaman itu bagaimanapun tidak menghalang Xiaofang untuk terus menunjukkan kebahagiaannya.
Baca juga: “Baru tahu Toshiba ada kereta”, ‘peti ais bergerak’ ini curi tumpuan pengguna jalan raya