Lama mendiamkan diri, isteri kedua pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kembali menyita perhatian netizen Malaysia, baru-baru ini.
Tidak lagi aktif di media sosial, perkembangan madu Puteri Sarah Liyana itu hanya boleh disaksikan melalui perkongsian dari ahli keluarganya.
Baru-baru ini, kakak Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar memuat naik satu hantaran gambar menerusi Instagram ‘Story’ miliknya.
Berkongsi gambar masakan adiknya, Yasmin tidak menyangka Ira Kazar mampu menghasilkan hidangan yang enak.
“Tak sangka sedapnya @irakaza masak,” tulis Yasmin Kazar di kapsyen gambar hidangan sotong tumis yang dimasak adiknya.
Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, sah bernikah dengan Syamsul pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand, berwalikan bapanya, Kazar Saisi.
Terdahulu, pihak mahkamah telah membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Ira, Yasmin dan Kazar.
Hal ini ekoran perintah injuksi diperoleh Sarah yang menghalang Ira atau sesiapa yang berkaitan menjejaskan ketenteraman dan kedamaian keluarganya.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang berkaitan.
Baca juga: Mahfuz dilantik Pengerusi Peladang, Faiz pula kembali ke LKIM