Kakitangan Pusat Khidmat Shah Alam antara yang sibuk membantu

Oleh BORHAN AHMAD

Kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Shah Alam adalah antara pihak yang paling sibuk sejak pagi semalam apabila kawasan mereka dilanda banjir.

Anngota Skuad Peduli Shah Alam menghangtar bekalan makanan yang telah dimasak kepada mangsa banjir.

Mereka menyediakan dan mengedarkan bantuan awal berupa pek makanan kepada mangsa yang terjejas banjir, proses edaran makanan telah dimulakan di Danau Mas, Seksyen 24 dan akan ke beberapa kawasan lagi.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pihak keselamatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah dikerah dan sedang bergerak dalam kapasiti penuh untuk membantu mangsa banjir dan dan melancarkan perjalanan mereka yang terkandas.

“Penduduk diminta agar sentiasa berhati-hati dan bersiapsiaga sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

“Orang ramai boleh menghubungi Pasukan PANTAS MBSA di talian 03-55105811 sekiranya berlaku kejadian bencana seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya,” kata Khalid dalam satu kenyataannya.

Hujan yang berterusan dua hari sejak awa pagi semalam menyebabkan hampir semua jalan yang menhubungkan kawasan Shah Alam ditenggelami air.
Ramai yang terperangkap.

Skuad Peduli yang ditubuhkan AMANAH Shah Alam sibuk menghantar makanan siap dimasak untuk penduduk yang terperangkap di Seksyen 24, Seksyen 19 sementara menanti untuk pindah ke lokasi yang selamat atau ke pusat pemindahan sementara.