Kalau takut melambung dalam pesawat akibat “turbulence” pilot syorkan elak naik ‘flight’ lewat petang

Oleh NASUHA RAHMAN

Penumpang yang takut melambung ketika berada dalam pesawat kerana “turbulence” disyorkan elak daripada menaiki ‘flight’ pada lewat petang.

Sekarang musim tengkujuh di mana setiap petang hingga malam hujan turun siap guruh dan petir sekali, jadi ianya akan mempengaruhi perjalanan penumpang kapal terbang terutama mereka yang gerun berada di awan.

Seorang pilot boeing 757 dan 767 melalui Facebooknya Mohd Ezairol Rezan Zainol berkongsi tips kepada mana-mana penumpang yang takut melambung ketika berada dalam pesawat.

Bercakap berdasarkan pengalaman beliau mendedahkan penerbangan dari Kota Bharu dan Terengganu selalunya perlu melalui kawasan Banjaran Titiwangsa yang bergunung-ganang.

Kalau takut melambung dalam pesawat akibat "turbulence" pilot syorkan elak naik 'flight' lewat petang
“Warna kuning dalam radar tu pun dah cukup untuk buat kita insaf untuk naik pesawat tau, yang warna merah tu tak payah tanyalah… Aku sendiri pun insaf jadi pilot kalau termasuk dalam tu.

“Memang disitulah selalunya kawasan awan tebal berkumpul dan hujan lebat berlaku pada lewat petang.

“Di Sabah pun begitu juga. Banjaran Croker Range adalah kawasan yang mencabar untuk dilalui pada lewat petang terutamanya flight dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Sandakan.

Baca Artikel Penuh