Kantoi bawa kekasih balik rumah, lelaki Perlis tergamak tumbuk isteri dan cekik anak

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita dari Perlis berdepan dengan detik cemas apabila suaminya tiba-tiba naik berang selepas ditangkap berlaku curang di dalam rumah mereka sendiri.

Lelaki berkenaan juga tergamak mendatangkan kecederaan kepada isterinya dengan cara menyiku, menampar dan menumbuk sehingga wanita tersebut terjatuh di lantai.

Keterlaluan, anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun turut menjadi mangsa apabila dicekik dan ditumbuk di dada ketika membuat cubaan untuk menyelamatkan ibunya.

Baca Artikel Penuh