Kecewa anak-anak tak jenguk masa sakit, warga emas ubah wasiat bernilai RM13 juta kepada haiwan peliharaan

Oleh KIM SYAZIE

Gara-gara berjauh hati dengan perangai anak-anak, seorang warga emas memutuskan untuk mengubah wasiat hartanya yang bernilai 20 juta yuan atau lebih RM13 juta kepada haiwan-haiwan peliharaannya.

Memetik laporan South China Morning Post, anak-anaknya tidak pernah menjenguknya ketika sakit membuatkan dia nekad mengajar mereka dengan cara begitu 

Difahamkan,  warga emas dari Shanghai yang dikenali sebagai Liu itu ada meletakkan nama anak-anaknya dalam wasiatnya pada tiga tahun lalu.

Namun, dia memutuskan untuk mengubah fikirannya itu kerana kecewa dengan tindakan anak-anaknya yang bukan sahaja tak datang melawatnya, malah mereka juga jarang menghubunginya.

Oleh kerana itu, wanita terbabit memutuskan mahu menyerahkan hartanya itu kepada kucing dan anjingnya yang setia menemaninya setiap hari.

Difahamkan, wanita itu akan menyerahkan wang itu kepada sebuah klinik haiwan yang akan bertanggungjawab menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaannya itu apabila dia tiada nanti.

Baca Artikel Penuh