Kecoh lesen DDNK didakwa digantung, SC jawab ada bukti jelas kenapa digantung

Oleh KIM SYAZIE

Kecoh di media sosial apabila lesen pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan dilaporkan telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Desas desus mengatakan bekas isteri DDNK sendiri yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti.

Menjawab persoalan ramai, SC memaklumkan bahawa tindakan penggantungan lesen terhadap DDNK yang juga Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) itu adalah berdasarkan bukti yang jelas.

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, SC tidak akan mengambil tindakan sebarangan, sebaliknya pihaknya telah menerima aduan yang secukupnya untuk menjalankan siasatan serta mendapatkan bukti yang membawa kepada penggantungan tersebut.

“Orang kata kenapa SC bertindak lambat, tetapi sebenarnya kami bukan lambat tetapi perlu mengumpulkan bukti-bukti.

“Kita tidak boleh ambil tindakan sebarangan. Kita tidak boleh ambil tindakan yang menyebabkan gangguan kepada pasaran. Kita kena pastikan bukti jelas dan nyata untuk ambil tindakan.

“Tindakan yang diambil SC adalah wajar selepas kita kaji dan menilai bahan-bahan bukti dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Pelabur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula hari ini hingga 16 Oktober.

Baca Artikel Penuh