Kecoh pelancong China buat hal di kedai kopi terkenal, netizen ‘ugut’ nak boikot jenama

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular di media sosial rakaman seorang pelancong dari China yang bertindak mencetuskan kekecohan di sebuah kedai rangkaian kopi tempatan terkenal.

Insiden yang mengejutkan ramai itu menarik perhatian netizen apabila pelancong berkenaan dikatakan berbahas dengan lantang sehingga mengganggu suasana premis dan pelanggan lain.

Lebih mengejutkan, pelancong tersebut turut dilihat melemparkan air ke arah pekerja dalam video yang tular, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menerusi perbincangan di media sosial, ramai mempersoalkan tindakan lanjut pihak rangkaian kopi tempatan dan menyuarakan kebimbangan jika pekerja wanita terlibat dikenakan tindakan.

Ada yang menggesa rakyat Malaysia memboikot sekiranya pekerja tersebut dibuang kerja.

“Saya adalah salah seorang pelanggan setia anda (boleh tanya keluarga saya tentang jumlah perbelanjaan saya untuk kopi dan makanan anda). Saya menyokong jenama anda kerana saya memang jenis yang menyokong jenama tempatan.

“Namun, jika anda mengambil tindakan yang memihak kepada ‘rude foreigner’ berbanding rakyat Malaysia sendiri (tidak kira apa bangsa, asalkan rakyat Malaysia), sokongan saya kepada anda tamat di sini,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna turut menyarankan pihak berkuasa bertindak tegas dan menyekat pelancong yang bertindak sedemikian daripada datang ke negara ini di masa hadapan.

“Jabatan Imigresen Malaysia dah boleh consider untuk sekat dan senarai hitam setiap pelancong yang membuat masalah. Dapat je detect, report dan deport.

“Negara kita dah jadi top 3. Takkan nak biar rakyat kita dibuli oleh orang luar yang masuk sini. Nak masuk Malaysia wajib behave macam mana kau masuk rumah orang,” komen pengguna Threads.

Baca juga: Harszan simpan harapan jumpa keluarga kandung, luahan buat ibu bapa undang sebak netizen