Kes harian Covid-19 kembali melepasi 20,000 dengan 20,396 kes dilaporkan hari ini.
Pertambahan jangkitan setakat 12 tengah hari itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 mencecah 1,844,835 kes.
Walaupun Selangor kekal menjadi negeri tertinggi jangkitan harian dengan 3,886 kes baharu hari ini tetapi situasi di negeri-negeri di luar Lembah Klang dilihat membimbangkan.
Sarawak hari ini semakin ‘mengejar’ Selangor dengan 3,747 kes manakala Terengganu dengan 861 kes sudah mengatasi Kuala Lumpur yang merekodkan 597 kes baharu.
Pecahan setiap negeri (kumulatif):
Selangor – 3,886 (623,053)
Sarawak – 3,747 (130,898)
Johor – 2,165 (149,358)
Sabah – 2,136 (159,421)
Pulau Pinang – 1,961 (95,098)
Kedah – 1,587 (107,468)
Kelantan – 1,078 (84,145)
Perak – 1,057 (73,878)
Terengganu – 861 (36,983)
Kuala Lumpur – 597 (176,591)
Pahang – 486 (46,902)
Melaka – 459 (50,470)
Negeri Sembilan – 269 (92,849)
Perlis – 78 (2,334)
Putrajaya – 25 (5,553)
Labuan – 4 (9,834)