Kerajaan digesa ikut panduan ESG untuk elak bencana disebabkan penggondolan hutan

Oleh KIM SYAZIE

Susulan isu penggondolan hutan sehingga mengakibatkan banyak bencana alam, kerajaan diminta untuk menjadikan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai panduan dalam melaksanakan projek ladang hutan bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bencana banjir besar di negeri-negeri yang ‘gondol hutan’, kebanyakannya disebabkan kerajaan negeri sendiri tidak mengambil kira kriteria ESG dalam membuat keputusan sebelum projek ladang hutan dilakukan.

Menurutnya, jika dasar ESG ini tidak dilakukan secara serius, maka Dasar Perhutanan Malaysia yang telah dilancarkan pada 2021 tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Saya mencadangkan dalam konteks keperluan ekonomi, untuk memastikan alam sekitar ini terpelihara, kita kena melaksanakan dasar ESG iaitu Environmental, Social and Governance. Apa sahaja dasar kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan kalau nakkan hasil dan segalanya, mesti letak dalam kerangka ESG.

“Apa yang berlaku di negeri-negeri gondol hutan atau bahasa sedapnya nyah hutan kerana nak balak, kerana tidak berpandukan kriteria ESG ini. Tidak ambil kira soal alam sekitar. Bahkan soal orang asli dan orang asal di situ pun tidak diambil kira.

“Masalah kita sekarang, tidak ada dasar yang lebih dinamik dalam konteks ESG. Saya tak nmpak seriusnya kerajaan Persekutuan mahupun negeri untuk melaksanakannya. Dan satu lagi ialah kerakusan manusia.

Baca Artikel Penuh