Ketagih porno bawa padah! Lelaki rakam ibu mentua, cabul adik ipar sebab isteri mengandung

Oleh MAISARAH AISYA

Filem lucah sudah diketahui akan merosakkan akal pemikiran ditambah pula zaman sekarang anak muda lebih terdedah dek kemudahan internet.

Apabila dah ketagih maka mulalah ingin mencuba apa yang ditonton, dan pada akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang disekeliling mereka.

Akibat ketagihan menonton filem lucah, seorang lelaki berusia 26 tahun kantoi melakukan hubungan seksual terhadap ibu mentua dan adik iparnya sendiri.

Menurut Detik, kejadian berlaku di Bengkulu, Indonesia di mana suspek kantoi merakam ibu mentuanya yang sedang mandi pada Sabtu, 7 Oktober yang lepas.

Wanita tersebut menjerit selepas terlihat telefon bimbit yang merakamnya dari luar, suspek bagaimanapun sempat melarikan diri namun dia tetap memaklumkan suaminya.

Ketika memaklumkan hal tersebut, anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun menangis dan menyatakan bahawa dia dicabul suspek sebanyak dua kali pada Julai dan Ogos lalu.

Keluarga tersebut kemudian membuat laporan polis dan akhirnya menantunya itu ditahan dan mengaku ketagih menonton filem porno Jepun.

Suspek mengaku ketagih menonton video menjijikkan sejak isterinya mengandung.

Suspek bakal dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak di mana dia berdepan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Baca juga: Bapa ‘pinjam’ nama buka perniagaan, anak rasa dikhianati lepas jatuh muflis di usia 23 tahun