Khairy mesti jawab mengapa kadar kematian, kes BID masih tinggi

Oleh ARIF ATAN

Menteri Kesihatan baharu, Khairy Jamaluddin, perlu betul-betul memberikan jawapan mengapa kadar kematian dan kematian di luar hospital masih tinggi dan bukannya mengelak.

Di Kota Kinabalu semalam, Khairy mengatakan yang angka kematian Covid-19 yang tinggi tidaklah menunjukkan angka kematian yang sebenar dalam tempoh 24 jam seperti yang dilaporkan.

Beliau menjelaskan yang angka ini kadang-kalanya berkumpul untuk beberapa hari memandangkan pihak berkuasa memerlukan masa untuk mengesahkan punca kematian, terutamanya di tempat seperti Lembah Klang yang mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi.

Beliau berkata: “Jumlah kematian yang kita laporkan setiap hari itu bukanlah jumlah kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas. Terdapat banyak ‘backlog’ kes kematian… sebab kita perlu dapatkan pengesahan sama ada si mati betul-betul mati akibat Covid-19 atau tidak.”

Khairy mengatakan yang kebanyakan ‘backlog’ ini disebkan jumlah kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang perlu disiasat punca kematiannya sebelum mereka boleh dilaporkan dalam sebahagian daripada statistik Covid-19.

“Harapnya, kita akan dapat lihat penurunan kadar kematian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi apabila kita selesai mengemas kini data ‘backlog’ kematian.”

Baca Artikel Penuh