Lakonkan babak panas, Amir Ahnaf bimbang reaksi ibu bapa

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap pelakon terpaksa bersikap profesionalisme ketika melakonkan babak yang kurang enak demi menjayakan sesuatu karya.

Samalah seperti pelakon yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf mengakui kadangkala risau untuk membawakan watak dengan babak panas lapor Berita Harian.

Apatah lagi jika karakter itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan lebih kepada adegan dalam filem atau drama barat.

“Penonton kena faham soal profesionalisme dan saya bawakan karakter mengikut kehendak skrip.

“Sekiranya watak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia sudah tentu pengarah akan tukar sejak awal lagi atau ketika proses suntingan.

“Saya bersedia bawa sesuatu watak disebabkan kerja. Sebenarnya saya takut lakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi orang tua.

Baca Artikel Penuh