Langkawi trending dalam twitter, Vaksin penuh boleh ke sana mulai 16 September

Oleh BORHAN AHMAD

Rakyat Malaysia dijangka akan memenuhi pulau Langkawi apabila pulau peranginan itu dibuka untuk percutian mula 16 September ini kepada mereka yang telah divaksinkan sepenuhnya.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara kecuali yang berada di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 16 September.

Ekoran itu, Langkawi menjadi trending dalam Twitter di mana lebih 20,000 kicauan mengenai Langkawi dibuat dalam media sosial itu.

Syarikat penerbangan, hotel, pengangkutan bahkan pemilik homestay mula mengiklankan tawaran mereka kepada orang ramai yang dijangka memenuhi Langkawi.

Malaysia Aviation Group (MAG) yang memiliki syarikat penerbangan Malaysia Airline, Firefly dan MHholiday membuat tawaran tambang murah untuk perkhidmatan penerbangan mereka mulai 16 September iaitu hari Malaysia.

Antaranya tawaran harga RM89 all in untuk satu hala perjalanan dari Kuala Lumpur oleh Malaysia Airline.

Baca Artikel Penuh