Wanita berjaya keluar dari mulut buaya lepas lebih satu jam bergelut, ini kronologinya

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita terpaksa bertarung nyawa selama lebih satu jam setelah diterkam buaya ketika mahu mengambil air di sungai cetek.

Ketika kejadian, wanita yang bekerja sebagai buruh kelapa sawit itu sedang berseorangan di sebuah sungai yang penuh dengan tumbuhan hijau.

Sukar untuk melihat permukaan sungai, wanita yang menghulurkan tangan untuk mendapatkan sumber air itu dikejutkan dengan barisan gigi reptilia ganas.

Tidak sempat untuk melarikan diri, sang buaya terus mencengkam kaki wanita yang berusia 38 tahun itu membuatkannya tidak boleh bergerak.

Wanita yang tidak berdaya itu kemudian diseret masuk ke dalam air sungai sebelum badannya hampir separuh ditelan oleh reptilia tersebut.

Oleh kerana kepalanya masih berada di luar, wanita tersebut mengumpul sekuat tenaga untuk melawan buaya itu sambil memekik meminta tolong.

Untungnya orang ramai segera berkejar ke tempat kejadian dan memukul buaya itu dengan dahan kayu dalam usaha menyelamatkan wanita tersebut.

Setelah hampir 90 minit bertarung, buaya yang kian lemah itu akhirnya melepaskan gigitannya dan beredar daripada tempat kejadian.

@yantui33

Seorang ibu² bkrja d lahan sawit di terkam buaya orang nya masih hdp,tp 10% luka parah punggung & kaki,,kejadian di kuala jelai,,pangkalambun kalsel#diterkambuaya #tiktok #viral #kehidupanrumahtangga #kisahnyata

♬ suara asli – Tiwoolll – Tiwoolll

Memetik laporan Detik.com, kejadian yang mengerikan itu berlaku di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Indonesia pada 27 Julai lalu.

Berjaya diselamatkan, mangsa yang dikenali sebagai Falmira itu dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian lengan kanan, paha, dan juga kaki.

“Saya merasakan kesakitan di seluruh badan ketika buaya sedang mencengkam. Saya tidak boleh melepaskan diri. Kemudian saya mula merasa lemah. 

“Apa yang berada di fikiran setelah terjatuh di dalam air ialah saya akan mati. Terima kasih kepada orang-orang yang membantu saya melarikan diri,” cerita mangsa.

Bersyukur dirinya diselamatkan orang ramai, mangsa bagaimanapun mengaku masih trauma dengan kejadian yang dialaminya itu.

“Saya berbaring di hospital. Tetapi saya masih boleh melihat buaya itu. Cengkaman reptilia itu juga masih terasa di tubuh saya.” Ulas mangsa.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis Indonesia memberi peringatan kepada para pekerja sawit untuk berhati-hati dan berwaspada dengan ancaman buaya.

Baca juga: Tempat mengemis pun nak berebut? Pengemis berpurdah kantoi merokok sambil kira duit