Leka tonton filem Tamil, ibu redha kereta ‘banjir’ gara-gara anak bersihkan tumpahan air milo siap minta belanja megi goreng

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang ibu redha apabila keretanya ‘banjir’ gara-gara si anak membersihkan tumpahan air milo dengan menggunakan getah paip air yang disembur ke dalam kereta.

Menurut si ibu, beliau sebenarnya menyuruh si anak Nur Izzah Nayli membersihkan air milo yang ditumpahkan namun dikatakan idea si anak untuk membersihkan kesan itu sangat menyedihkan.

Si ibu pula dikatakan sedang leka menonton filem Tamil menyebabkan beliau terlepas pandang melihat anaknya membersihkan kotoran itu.

“Asalnya hanya suruh Nur Izzah Nayli bersihkan air milo tumpah, tapi cara dia dapat idea nak bersihkan tu memang menyedihkan ibunya yang tengah leka layan filem Tamil Billa TV2… Takpa kita doakan moga Nur Izzah jadi tokey carwash bila besar nanti,” kata si ibu.

Namun telatah Izzah itu sempat diambil gambar secara curi oleh abangnya sambil gelak.

Apa yang melucukan tanpa rasa bersalah Izzah pula dapat menikmati megi goreng dan milo ais sebagai upah kerana menolong ibunya membersihkan tumpahan milo tadi.

Baca Artikel Penuh