Perkara pertama yang berada di benak pemikiran pemilik kenderaan adalah jenama minyak petrol yang paling murah dan berbaloi.
Menjawab persoalan, seorang lelaki tampil berkongsi hasil kajiannya mengenai jenama petrol yang paling berbaloi buat pengguna.
Tidak menilai dari sudut harga, pemuda itu mengira keuntungan yang dinikmati pengguna dari sudut ganjaran atau points.
Menurutnya, setiap jenama menawarkan jumlah ganjaran yang berbeza mengikut jumlah minyak yang diisi pengguna.
Pemuda itu memilih empat jenis keahlian bagi membandingkannya iaitu Petronas MESRA, Petron MILES, BH Petrol dan Shell Bonuslink.
Hasil kajian menunjukkan pengisian minyak di Petron lebih berbaloi kerana jenama tersebut menawarkan point yang tinggi.
Berikut adalah kira-kira yang buat lelaki tersebut;
1. Petronas, 1 Liter 1 point
4000 point bernilai RM40 (minyak percuma)
Untuk mengumpul 4000 point, perlu 4000 liter Euro 5 X RM2.35= RM9,400
RM40/ RM9,400 X 100% = 0.43% Pulangan
2. Petron, 1 Liter 2 point
3000 point bernilai RM45 (minyak percuma)
Untuk mengumpul 3000 point perlu 1,500 liter Euro 5 X RM2.35= RM3,525
RM45/ RM3,525 X 100%= 1.28% Pulangan
3. BH Petrol, 1 liter 1 point
3800 point bernilai RM45 (minyak percuma)
Untuk mengumpul 3,800 point, perlu 3,800 liter Euro 5 X RM2.35= RM8,930
RM40 / RM8930 X 100% = 0.45% Pulangan
4. Shell, 1 Liter 1 point
4000 point bernilai RM40 (minyak percuma)
Untuk mengumpul 4,000 point perlu 4000 liter Euro X RM2.35= RM9,400
RM40 / RM9,400 x 100% = 0.43 % Pulangan
Baca juga: Baru setahun kahwin, Zulin Aziz dan suami umum bercerai