Lelaki kantoi khalwat dengan janda di awal pagi ramadan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang lelaki memberi alasan datang ke rumah kawan wanitanya bagi membantu membawa kereta wanita itu untuk dibaiki ketika dicekup berkhalwat, awal pagi 22 ramadan tadi.

Kejadian yang berlaku di Padang Serai itu didatangi oleh pegawai masjid pada awal pagi sebelum diserahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori sementara wanita memperoleh pendapatan daripada wang pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut laporan, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan membuka pintu dalam keadaan hanya memakai seluar tanpa baju.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang wanita berusia 42 tahun yang merupakan ibu tunggal berada di dalam sebuah bilik bersama anak perempuannya berusia 12 tahun yang sedang tidur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

baca: “Mentua backup suami selepas kantoi tidur banyak kali dengan pengasuh anak, siap salahkan aku”