Tular video memaparkan seorang imam ditikam ketika sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Omar yang terletak di Paterson, New Jersey pada Ahad.
Menurut New York Post, Imam Sayed Elnakib diserang lelaki tidak dikenali yang menikamnya dua kali ketika mengimamkan solat subuh itu kira-kira jam 6 pagi.
Suspek, yang dikenal pasti oleh penyiar televisyen, WNBC sebagai Serif Zorba, 32, sempat dihalang jemaah lain ketika insiden itu berlaku.
Manakala Elnakib dibawa ke Pusat Perubatan St Joseph dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Ketika kejadian berlaku, kira-kira 200 jemaah menunaikan solat subuh itu dan polis belum mendedahkan motif serangan tersebut.
Menurut pihak berkuasa, penyerang itu bukan ahli kariah masjid tetapi pernah bersolat di situ sebelum ini, lapor News12 New Jersey.
Pengurusan Masjid Omar dilaporkan meningkatkan kawalan keselamatan, namun tetap ia tetap dibuka untuk orang ramai menunaikan solat berjemaah.
Datuk Bandar Andre Sayegh memberitahu The Record, beliau ada melawat imam terbabit di hospital dan menghargai “kebimbangan segera (masyarakat terhadap) penyerangnya.”
Ahli Majlis Al Abdelaziz, memberitahu masyarakat di situ agar “bersatu untuk menyokong antara satu sama lain dan mengecam semua bentuk kebencian dan keganasan.”
Baca juga: Baru tingkatan dua dah bayar zakat perniagaan RM10,000, kisah pelajar ini buat ramai terkejut