Lepas pecah pejabat larikan RM40,000, bermalam di hotel dengan penuntut kolej swasta

Oleh ARIF ATAN

Selepas melakukan kegiatan pecah pejabat di Ampang Jaya dan Kajang membabitkan kerugian lebih RM40,000, seorang lelaki sempat bercuti bersama teman wanitanya di taman tema di Johor Bahru.

Namun, kegiatan suspek terbongkar selepas polis menahannya bersama teman wanita ketika bermalam di sebuah hotel di Tangkak, Johor, kelmarin, manakala seorang lagi suspek ditahan di Kajang.

Suspek seorang penganggur manakala wanita itu seorang penuntut sebuah kolej swasta ditahan selepas terbabit dalam kegiatan pecah pejabat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pihaknya mengesan dan menahan dua lelaki serta seorang wanita di Kajang Selangor dan Tangkak, Johor selepas menerima maklumat berkaitan kes pecah pejabat di Jalan Bandar Melawati, Melawati Square.

Menurutnya, polis juga membuat rampasan beberapa barang kes disyaki bersabit kes disiasat dan berjaya menyelesaikan dua kes iaitu di daerah Ampang Jaya dan Kajang.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah dan suspek kedua pula mempunyai sembilan rekod lampau, manakala suspek ketiga tidak mempunyai rekod jenayah.

Baca Artikel Penuh