Kebahagian seorang wanita yang berusia 30 an mula terusik apabila dia mula menerima mesej misteri menerusi aplikasi Whatsapp dari seorang nenek.
Kejutnya bukan kepalang, janda yang berusia 51 tahun itu mengaku telah menjalinkan hubungan sulit sehingga berzina dengan suaminya.
Di bawah adalah perkongsian seorang wanita yang meratapi kecurangan suaminya bersama seorang wanita warga emas.
“Beberapa hari lepas, janda tu Whatsapp aku ceritakan segala apa terjadi antara mereka, bermula dengan pergi Genting dan disana diorang dah melakukan benda tak senonoh. Selalu keluar dating sampai 3, 4 pagi bersama.
“Tiap kali os (outstation) selalu vc (video call), rindu katanya. Balik dari os terkejar nak jumpa perempuan tu. Masa naik Genting tu disuruh main kemaluannya dan perempuan tu cakap suami aku selalu cakap lucah dengannya lepas tu check-in hotel dan berlakulah zina pertama beberapa hari lepas tu.
“Suami aku sewakan bilik tuk perempuan tu RM450 sebulan. Supaya senang mereka nak jumpa dan melakukan perkara tu. Semua bukti aku ada, video pengakuan, sms wasap, vc, gambar dating diorang, baju, seluar, kasut, jam yang suami aku bagi kat perempuan tu. Janda tu ceritakan pada aku semua sebab suami aku block no dia dan tak layan dia.
“Mungkin suami aku dah penat nak layan kerenah dia dan nak tutup salah dia pada aku. Bila dah kantoi, aku ajak janda tu jumpa bersemuka dengan aku dan laki aku bersaksikan seorang kawan laki aku. Aku dengar pengakuan janda tu dan aku suruh dia buat pengakuan bertulis apa yang berlaku.
“Mulanya laki aku tak ngaku. Tapi bila aku nak bawak janda tu pergi balai buat report. Baru dia ngaku min. Tapi masa tu aku tak nangis. Aku jadi kuat. Dan aku bagi dia tiga pilihan.
“Cerai, report atau ngaku. Dia pilih ngaku. Masuk kali ni dah tiga kali dia kantoi dgn janda tu. Suami aku merayu. berjanji dan bersumpah tak kan ulang lagi. Kalo korang ditempat aku, apa korang akan buat ye?,” luahnya.
Baca juga: Nombor plat cuma dua angka tapi dijual lebih RM66 juta, paling mahal di dunia