Mak mentua sibuk kutuk menantu masak ikut resepi Che Nom, padahal diri sendiri malas masak

Oleh MAISARAH AISYA

Tak kiralah masak dengan ajaran ibu ayah atau masak mengikut video di Youtube, asalkan rajin maka tiada masalah.

Seorang Youtuber yang terkenal dengan resepi memasak, Che Nom memuat naik hantaran di Facebook mengenai komen seorang wanita tentang menantunya.

“Semua orang boleh ajar memasak, dan semua orang boleh belajar memasak. Cuma yang bezanya, sejauh mana ikhlas kita mengajar dan sejauh mana ikhlas nya seseorang itu belajar.

“Dari asbab keikhlasan tu, semua perkara-perkara yang baik akan menyusul. Tak perlu dipersoalkan dari siapa dan mengapa. Selamat berbuka puasa semua,” ujar Che Nom.

Wanita tersebut menceritakan bagaimana dia mempunyai menantu yang pandai masak, berbeza dengan dirinya yang malas dan tak minat masak.

“Semua orang membuat komen yang sama, tapi komen saya berbeza kerana cerita yang berbeza. Saya orang yang malas memasak, tak minat langsung memasak.

“Alhamdulillah dapat suami baik yang tak penah merungut masakan saya walaupun tak sedao tetapi saya dapat menantu yang rajin dan pandai memasak.

“Melangit-langit saya memuji menantu saya pada saudara mara. Rupa-rupanya dia masak ikuti resepi Che Nom selama ini….hmmmmm,” ujar komen tersebut.

Sekurang-kurangnya dia ada kesungguhan untuk belajar memasak walaupun hanya menerusi video Youtube sahaja.

Baca juga: Tinggalkan ‘majikan’ ketika pulang beraya, ini tips penting buat pemilik kucing