Mandi air zamzam hingga melekat baju di badan, gelagat jemaah wanita dari negara seberang cetus tanda tanya

Oleh KIM SYAZIE

Biasanya kita dengar air zamzam adalah diminum, mungkin juga digunakan untuk mengambil air sembahyang tapi jarang pula dengar jemaah dibenarkan mandi.

Tular video di TikTok, jemaah wanita dari negara sebarang mandi tanpa memikirkan aurat di Zamzam Sabeel (air zamzam).

Malah dapat dilihat ada lelaki yang memerhati di belakang dan melihat sahaja gelagat para jemaah wanita yang sudah basah kuyup.

@indah..chemmank

alhamdulillah…dapt kesempatan mandi langsung di tempat air zam-zam dengan spuasx masya Allah 🤲🙏

♬ Subhanallah Walhamdulillah – Risakhodija

“Alhamdulillah…dapat kesempatan mandi langsung di tempat air zam-zam dengan sepuasnya. masya Allah,” ujar kapsyen tersebut.

Rata-rata warganet pelik sama ada kawasan tersebut membenarkan para jemaah untuk mandi, malah ada dakwaan air tersebut bukanlah air zamzam.

“Air zamzam hanya di tempat khas untuk minum selain daripada itu semua bukan,” komen pengguna TikTok.

Malah ramai turut mempersoal soal aurat mereka kerana mandi di kawasan terbuka hingga membuatkan ramai tidak selesa.

Baca juga: Ibu bapa simpan bible, anak dua tahun turut dipenjara seumur hidup